Friday, March 29, 2013

Awak, Simpan Misai Ye..Nampak Macho Sikit..Ada Janggut Lagi Macho ;)



Ini cerita beberapa tahun yang lalu


Gadis itu memberi cadangannya padaku pada pertemuan pertama kali, walau pun aku memang ada kumis, tetapi nipis dan jarang. Dan beberapa waktu seterusnya juga dia masih mengingatkan aku supaya menyimpan misai lebat dengan alasan aku akan nampak bertambah 'macho', matang dan dewasa. Dan akhirnya perhubungan terputus hanya kerana dia malu mempunyai teman lelaki yang tidak bermisai dan nampak seperti lepasan sekolah.


Ketahuilah wahai gadis-gadis, awek-awek dan isteri-isteri yang inginkan lelaki anda macho dan nampak jantan dengan memiliki misai yang tebal dan lebat itu bahawa:


1. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” (HR al-Bazzar dengan sanad yang sahih)


2. Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana memotong misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)


3. Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- (HR Bukhari dan Muslim)


4. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan memotong misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)


5. Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban

"diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan memotong misai dan memanjangkan janggut"



6. Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,"terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan ke atas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenaipencukuran janggut dan memanjangkan misai"



7. Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka.Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."



8. Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami,"( dari Termizi)



Halal Haram Dalam Islam dari Dr Yusuf Qardhawi tentang Memelihara Janggut :


Termasuk dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara janggut. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:

"Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)

Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).



Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, yaitu supaya berbeda dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.
Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeda dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi maupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan.
Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membedakan dengan jenis lain.
Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan bisa panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya.


Oleh itu, hentikanlah kebanggaan berkumis macam selebriti-selebriti yang popular tu,..Islam ada watak keperibadian yang lebih 'macho, matang dan dewasa'! Boleh menyimpan misai yang nipis tetapi dengan syarat dimasa yang sama tetap menyimpan janggung yang rapi dan kemas.Bagi yang menyimpan janggut, pelajarilah sirah Rasulullah, berjanggut yang kemas, rapi dan bersih serta menawan..

No comments: